BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

04 Mac, 2009

Majlis Perpisahan

Pada pagi ini, Rabu 4 Mac 2009, telah berlangsung satu perhimpunan khas di Medan Ilmu, SMK Mahang sempena Majlis Perpisahan Guru & Staf yang bakal berpindah ke sekolah baru dan juga yang akan bercuti. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan pihak sekolah kepada mereka yang telah banyak berjasa kepada sekolah, guru dan pelajar. Majlis ringkas yang dikelolakan oleh Kelab Staf berlangsung sekitar pukul 7.45 pagi dan mereka yang diraikan berpeluang membuat ucapan ringkas di hadapan pelajar dan juga guru.


En Abd Latif Abd Aziz telah berkhidmat selama 20 tahun akan bertukar ke sebuah sekolah dalam daerah yang sama. Puan Hajah Zauyah Soh pula akan mengambil cuti tanpa gaji selama 7 bulan untuk mengikut suami yang akan bertugas di Pahang. Sementara Ustazah Madhihah Mahmud yang baru bertugas 2 bulan pula akan ditukarkan ke SMK Sg Kob.

0 ulasan: