Selamat Hari Guru 2011 buat semua warga pendidik SMK Mahang.
15 Mei, 2011
01 Jun, 2010
31 Mei, 2010
Kunci Keberhasilan
Peliharalah (perintah dan larangan) Allah, nescaya kamu akan selalu merasakan kehadiran-Nya. Kenalilah Allah waktu kamu senang, nescaya Allah akan mengenalimu waktu kamu dalam kesulitan. Ketahuilah, apa yang luput dari kamu adalah sesuatu yang pasti tidak mengenaimu dan apa yang akan mengenaimu pasti tidak akan meleset dari kamu. Kemenangan (keberhasilan) hanya dapat dicapai dengan kesabaran. Kelonggaran bersamaan dengan kesusahan dan datangnya kesulitan bersamaan dengan kemudahan. (HR. Tirmidzi)
Dicatat oleh mahangemilang di 12:09 PTG 0 ulasan
Label: motivasi, pendidikan
27 Mei, 2010
16 Mei, 2010
Guru O Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Dicatat oleh mahangemilang di 8:25 PG 0 ulasan
Label: hari guru, pendidikan, sekolah
09 Mei, 2010
Ibu
Mama sayang,
ku doakan mama kebahagiaan dan keceriaan
Mudah-mudahan matahari selalu memberikan senyumnya, sebaik aku bisa
Setiap saat aku ingin berimu kegembiraan
Karena hari ibu itu adalah benar
setiap hari ada
sepanjang tahun, aku sayang padamu, mama
Itu yang ingin aku sampaikan
Mama, kau bukanlah petir,
sebaliknya kau adalah musim panas
kau selalu ramah
seperti di kaki dan di tempat tidur
seolah angin musim semi menerpa mata
aku sayang sekali padamu, seramah engkau mama
aku tak tahu apa kalian tahu
tanpamu, aku akan kehilangan dan hanya merumput
--Dein Raka
Dicatat oleh mahangemilang di 11:18 PG 0 ulasan
Label: keluarga, pendidikan anak-anak
15 Disember, 2009
Tahniah!
Seluruh warga SMK Mahang berbangga dengan kemenangan yang dilakar oleh En. Amer Hmzah b. L.Kadir, guru sekolah ini. Sekalung Tahniah!
*********************
Petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Disember 2009:
Guru raih RM15,000 menerusi Kala Yuda
dayne.ghazali@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Karya Kala Yuda ciptaan Amer Hmzah L. Kadir dari Kulim, Kedah diangkat sebagai johan Sayembara Fiksyen, Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM)-Kumpulan Utusan.
Kemenangan itu melayakkan beliau yang merupakan seorang guru di SMK Mahang, Kulim, Kedah meraih wang tunai RM15,000.
Tempat kedua dimenangi Nurul Izwati Mohd. Nor dari Jengka, Pahang dengan karyanya bertajuk Sentinel: Kronikel Bumi manakala Tawanan Kota Kumbang, karya Ruzaini Yahya dari Muar, Johor di tempat ketiga.
Kedua-duanya juga adalah guru dan masing-masing menerima RM7,500 dan RM5,000.
Karya Petaka Bakteria oleh Mohd. Kasim Mahmud dan Rawan oleh Hafizah Iszahanid pula dipilih penerima hadiah penghargaan.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang sayembara ini akan diadakan pada Februari depan.
Keputusan nama-nama pemenang itu diumumkan Pengerusi Panel Hakim, Profesor Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar di UTM Jalan Semarak hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Zaini Ujang dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.
Selain itu ialah Pengarah Penerbit UTM Press selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sayembara, Prof. Dr. Hisamuddin Jamaluddin dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.
Dilancarkan pada 10 Februari lalu, sayembara ini merupakan kerjasama UTM dan Kumpulan Utusan yang bertujuan meningkatkan martabat bidang penulisan tanah air.
Sempena penganjuran sayembara itu, satu siri jelajah seluruh negara mengenai bersiri penulisan fiksyen sains dan teknologi diadakan.
Menurut Ahmad, sayembara kali ini mendapat sambutan menggalakkan dengan 22 manuskrip diterima selepas tarikh tutup pada 31 Ogos lalu.
''Bilangan penyertaan melebihi jangkaan penganjur memandangkan sayembara ini masih baru dan belum pun setahun jagung,'' katanya.
Beliau menambah, penyertaan kali ini meliputi pelbagai latar belakang termasuk penuntut institusi pengajian tinggi, wartawan, penulis sepenuh masa, pensyarah, jurutera hatta pengawal keselamatan.
Dalam pada itu, Zaini berkata, pihaknya berhasrat mengetengahkan kategori baru melibatkan penyertaan pelajar sekolah pada penganjuran sayembara akan datang.
''Perkara ini masih dalam perhatian kerana kita difahamkan terdapat ramai pelajar yang berminat menyertai sayembara ini,'' katanya.
Dalam masa sama, beliau menjangkakan penyertaan sayembara musim kedua akan mula dibuka pada pertengahan tahun 2011.
''Penyertaan itu akan dibuka selepas penganjuran bengkel penulisan fiksyen sains dan teknologi ke seluruh negara selama setahun setengah dari awal tahun 2010 sehingga pertengahan 2011,'' ujarnya.
Sementara itu, Mohamed Hashim dalam ucapannya berkata, Kumpulan Utusan berbangga kerana dapat menjalin kerjasama kali pertama dengan UTM dalam penganjuran sayembara itu.
''Ia memberi peluang kepada kedua-dua organisasi yang berlainan latar belakang itu bertukar-tukar idea bagi membantu meningkatkan lagi perkembangan budaya sastera negara,'' katanya.
Dicatat oleh mahangemilang di 1:06 PTG 0 ulasan
Label: Berita Semasa, sekolah