Bagaimana menyambut Hari Guru
Oleh SULAIMAN KONIT
PADA 16 Mei 2009, sudah 38 kali masyarakat Malaysia khasnya kaum guru merayakan sambutan Hari Guru. Tarikh 16 Mei dipilih bagi perayaan tersebut kerana memperingati tarikh penguatkuasaan Penyata Razak, iaitu Dasar Pendidikan Negara yang dilaksanakan bagi Persekutuan Tanah Melayu, yang berhasrat menyatukan pendidikan di sekolah bagi semua kaum di negara ini, yang berteraskan perpaduan kaum melalui bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Pada kebiasaannya sambutan diadakan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah. Berbagai tema perayaan dikemukakan seperti: "Guru Pembentuk Pembangunan Negara" dan sebagainya.
Di perhimpunan tersebut biasanya dibacakan perutusan Hari Guru daripada Menteri Pelajaran. Biasalah selepas itu diadakan kegiatan seperti sukan kecil, jamuan dan diakhiri dengan sumbangan hadiah daripada murid atau pelajar kepada guru-guru mereka.
Hadiah hanya berupa jambangan bunga, pen atau buku dan sambutan Hari Guru berakhir begitu sahaja, sehingga menunggu sambutan pada tahun hadapan. Tiada kesan yang ditinggalkan yang menjadi kenangan kepada guru dan murid.
Bagaimana sepatutnya masyarakat menyambut atau merayakan Hari Guru yang nampaknya semakin malap, yang agaknya sudah hampir kehabisan idea dan tenaga.
Bagi murid adakah cukup hanya mengucapkan "Selamat Hari Guru" bila menjelang hari tersebut? Di samping itu hanya menghadiahkan kuntuman bunga, kemudian layu, dibuang dan dilupakan begitu sahaja.
Ketika ini, mungkin boleh dianggap sebagai kelakar, katakan seorang murid yang belajar di sekolah rendah di tahun lima pada 2000, berjumpa semula dengan guru mereka pada tahun 2009.
Perkataan yang keluar daripada pelajar tersebut: "Ini guru saya dulu semasa di sekolah rendah yang selalu mencubit perut saya kalau tak menyiapkan kerja sekolah". Patutkah pelajar tersebut berkata begitu?
Perkataan "mencubit" itu sangat diingati tetapi pengajaran guru tersebut hingga dia ke institusi pengajian tinggi (IPT), langsung tidak timbul atau diingati. Masyarakat masa kini sangat sukar untuk 'menghargai' apatah lagi 'mengingati' jasa guru.
Kepada kaum guru sekarang, jangan bersikap negatif kerana kerjaya seorang pendidik juga seperti kerjaya seorang doktor - mereka selalu dilupakan bila pelajar pandai dan berjaya, dan ketika pesakit sihat dan boleh bergerak dengan cergas dan makan dengan berselera.
Kerjaya seorang pendidik adalah kerja yang mulia. Jika dilakukan dengan penuh keikhlasan, pahalanya akan sampai ke akhirat.
Sesuatu perlu dilakukan dalam sistem pendidik sekarang, seperti program "tanam semangat" dilakukan seawal-awalnya di peringkat sekolah. Melalui langkah ini, setidak-tidaknya masyarakat kita tahu menghormati ibu bapa, menghargai guru dan berterima kasih kepada pemerintah yang telah membelanjakan begitu banyak wang dalam pendidikan.
Kepada ibu bapa, adakah pernah menghantar sepucuk surat penghargaan kepada pihak sekolah kerana kejayaan anak kita dalam pelajaran atau kerana telah berjaya menyelesaikan satu-satu kes yang melibatkan anak kita.
Kepada kaum guru, fikirkan slogan dulu yang menyatakan "Guru ibarat lilin, membakar diri dan menerangi orang lain" - sesuai lagikah dengan keadaan semasa sekarang.
PENULIS ialah Tokoh Guru Temerloh 1998
petikan daripada Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2009.
MG: Happy Teachers' Day. The Nation state builder..
18 Mei, 2009
Terima Kasih Cikgu
Dicatat oleh mahangemilang di 1:22 PTG 0 ulasan
Label: Am, Berita Semasa, pendidikan
29 April, 2009
L-O-V-E-O-F-G-O-D: The Beauty of Mathematics
Dicatat oleh mahangemilang di 8:59 PTG 0 ulasan
Label: agama, pendidikan
09 April, 2009
Sadaqah Jariah - Kebajikan Yang Tak Berakhir
Ini sesuatu yang bagus sangat untuk diamalkan ...
Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-
1] Shadaqah jariah
2] Ilmu yang bermanfaat
3] Anak shalih yang mendoakannya.
(HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )
SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah
Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat
3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang
Share constructive reading material with someone
4. Bantu Pendidikan seorang anak
Help in educating a child
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah
Teach someone to recite a doa . With each recitation, you will gain hasanaat
6. Berbahagi CD Quran atau Do'a
Share a doa or Quran CD
7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta
Participate in the building of a mosque through wealth or strength
8. Letakkan pendingin air di tempat umum
Place a water cooler in a public place
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat
10. Kongsikan ilmu ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment
Dicatat oleh mahangemilang di 11:49 PG 0 ulasan
Label: agama, motivasi, pendidikan anak-anak
02 April, 2009
Kursus Intensif Pengurusan Organisasi 2009
Pada 1 April 2009 (Rabu), Unit Kokurikulum SMK Mahang telah mengadakan Kursus Intensif Pengurusan Organisasi (KIPO) kepada pemimpin-pemimpin kelab dan persatuan bagi sesi 2009. Program yang bermula pada pukul 2.30 petang itu bertujuan memberi pendedahan kepada pengerusi dan setiausaha semua persatuan dan kelab yang ada di SMK Mahang tentang tatacara pengurusan organisasi yang mereka wakili. Ia diharapkan mampu mendidik pelajar-pelajar tersebut dengan ciri-ciri kepimpinan yang baik seterusnya membentuk sahsiah mereka.
01 April, 2009
Program Impian Fasa 1 2009
31 Mac, 2009
Mutiara Kata 1
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali)
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis )
