SEJARAH SMK MAHANG 09500 KARANGAN KEDAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang ditubuhkan pada tahun 1965. pada tahun 2012 ini genaplah usianya 47 tahun. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan SK Mahang yang terletak di pekan Mahang, kira-kira 1.5 km dari bangunan yang ada kini. Pengajaran dan pembelajaran bermula pada Januari 1965, menggunakan dua bahasa penghantar (dua aliran) iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada 20 April 1968, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri setelah menumpang lebih dari 3 tahun. Pada awal penubuhannya, sekolah ini ditadbir oleh En. Sulaiman Salleh yang juga merupakan Guru Besar SK Mahang. Ketika itu kakitangan akademik berjumlah 9 orang termasuk seorang pengetua. 4 orang guru mengajar dalam aliran Bahasa Melayu dan selebihnya mengajar aliran Inggeris. Aliran Melayu mengandungi satu kelas peralihan dan tiga kelas tingkatan 1 berjumlah 39 orang pelajar.
Pada mulanya, sekolah ini hendak didirikan di Pekan Karangan (lebih kurang 18 km dari Pekan Mahang), disebabkan Pekan Karangan terletak ditengah-tengah jalan perhubungan antara Mahang di selatannya, Sg Kob di utaranya dan Sedim/Labu Besar di timurnya. Namun demikian hasil usaha YB Tn. Hj. Mohd Yassin Ibrahim (Adun Sedim ketika itu) yang telah membawa usul tentang perkara itu ke pengetahuan Jabatan Pelajaran Kedah. Maka pembinaan sekolah di Pekan Karangan dibatalkan. YB Tn. Hj. Mohd Yassin Ibrahim merupakan penaja dan juga telah menjadi Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah ini.
Pada tahun 1968, 2 buah kolam ikan telah dibina menggunakan tenaga manusia. Kolam ini berukuran 100 kaki panjang dan 100 kaki lebar. Pengarah Pelajaran, En. Ong Pong Kee terpesona dengan pembinaan ini, manakala timbalannya, En. Jumaat telah mengakui ia merupakan kolam pertama di Kedah dibina menggunakan tenaga manusia. Namun kolam bersejarah ini telah ditimbus dengan kemajuan dan pembesaran padang bola dan hoki.
Satu rancangan telah dibuat untuk mengembalikan nostalgia, usaha dijalankan sehingga pada tahun 1995 sebanyak 4 kolam baru dibina seterusnya diperelok lagi dengan menambah 3 buah kolam lagi. Kini SMK Mahang di bawah unit KHB Pertanian mempunyai 7 kolam yang produktif. Sejarah telah membuktikan di mana jamuan perdana pada 15.05.2000 telah menjamu seluruh warga SMKM dan AJK PIBG dengan hasil ternakan ikan dan cendawannya
Pada tahun 2009 bermulanya mata pelajaran akuakultur dan ternakan hiasan. Pada tahun 2011, sekolah ini telah membuktikan mampu melepasi dalam PMR sekolah berprestasi rendah (SPR) kerana mendapat pencapaian PMR 52.27% pelajar lulus semua mata pelajaran. Selain itu, pada tahun 2011 juga, semua program kepada pelajar yang dibuat di sekolah, makanan di masak sendiri oleh guru-guru dan sekolah berjaya mengadakan Majlis Korban sebanyak 3 ekor lembu.
Pada tahun 2012, sekolah bercadang membawa pelajar seluruh sekolah melawat ke IPTA/IPTS dan pusat-pusat kemahiran Kolej Komuniti, dan IKM. Program yang melibatkan komuniti setempat seperti ADTECH ini bertujuan mentransformasikan minda pelajar.
SENARAI PENGETUA SMK MAHANG
1965 - EN. SULAIMAN SALLEH
1967 - EN. AHMAD MARZUKI YAHYA
1973 - EN. KHALIL AHMAD
1981 - EN. MANSOR ABD. RAHMAN
1986 - EN. ABD. WAHAB HUSSAIN
1992 - TN. HJ. SALLEH SHUIB
1996 - TN. HJ. ABDUL RAHIM SHAARI
1998 - TN. HJ. MOHD YUSOF MUSTAFA
2000 - TN. HJ. ABDULLAH AHMAD
2004 - TN. SYED BAHAROM SYED HUSSIN
2005 - EN. MD BAKHARI CHE TAM
2007 - EN. ABDUL RAZAK WAHID
2009 - TN. HJ. SUBBERI B. RAMLI
2011 - EN. ABDUL AZIZ BIN IBRAHIM
MAKLUMAT SEKOLAH
SETIA, MAJU DAN MESRA
Lencana sekolah terdiri daripada 4 gabungan warna yang melambangkan seperti berikut :-
* Merah - Kekuatan dan Keberanian
* Putih - Kesucian Jiwa
* Hijau - Kekuatan Minda
* Kuning - Kualiti Integriti
Semua manusia boleh dididik untuk mencapai kecemerlangan
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
“ Murid Didahulukan, Pencapaian Murid Diutamakan”
SEKOLAH PENYAYANG - “ Guru Sayang Murid”
Matlamat dapat dirumuskan sebagai :-
T - Ternama yang dihormati
I - Insaf diri yang berkesan
K - Kesihatan yang stabil
A - Akademik yang tertinggi
D - Disiplin yang terpuji
Ringkasnya : “TIKAD” boleh dicapai melalui usaha gigih yang berterusan dengan keazaman yang kuat dan pengorbanan yang besar
0 ulasan:
Catat Ulasan