BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

22 September, 2007

Pesanan Buat Kita Semua

Dirikanlah solat sebelum terlambat..

21 September, 2007

Salam Ramadhan 1428H


Alhamdulillah..


Syukur ke hadrat Allah SWT atas kasihNya dapat kita bertemu sekali lagi pada Ramadhan kali ini. Bulan umat Nabi Muhammad SAW ini penuh dengan nikmat Allah bagi mereka yang ingin bertakwa dan merebut pahala sebanyak mungkin buat bekal ke alam akhirat. Syukur tak terhingga kerana masih diberi peluang untuk menikmati ibadah puasa buat kesekian kalinya. Raikan kedatangannya, hidupkan malam-malamnya, lakukan amalan sebanyak yang termampu. Adakah kita akan bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang. Wallahua'lam!

SMK Mahang ..Satu Profil



Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang ditubuhkan pada tahun 1965. Sejarahnya bermula dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Mahang yang terletak hampir 1 kilometer dari sekolah sekarang. Sesi persekolahan pertamanya mula dibuka pada Januari 1965 menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. YB Tuan Haji Mohd. Yassin B. Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Sedim ketika itu, adalah tokoh penting memperjuangkan agar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang dibina di lokasi sekarang iaitu di Pekan Mahang. Pada 20hb April 1968, sejarah tercatat apabila secara rasmi sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri setelah menumpang lebih dari 3 tahun.

Pada peringkat awalnya, sekolah ini ditadbir oleh En. Sulaiman B.Salleh (1965-1968) iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mahang. Ketika itu, beliau dibantu oleh 8 orang kaki tangan akademik, empat orang guru Bahasa Melayu manakala empat lagi guru Bahasa Inggeris. Aliran Melayu melibatkan pelajar seramai 39 orang. Ia bermula dengan satu kelas peralihan dan tiga kelas tingkatan Satu.

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang mempunyai keunikan tersendiri apabila dua buah kolam ternakan ikan berkeluasan 100 kaki lebar dan 100 kaki panjang mula dibina pada tahun 1968 menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Pengarah Pelajaran Kedah ketika itu, En Ong Pong Kee nyata amat kagum dengan inisiatif para pelajar dan guru-guru sekolah ini.

Kecemerlangan sekolah ini ialah melalui pasukan Petanqe yang mewakili negeri Kedah ke peringkat Kebangsaan semenjak 2001 hingga sekarang. Pasukan hoki lelaki dan perempuan telah mengharumkan nama sekolah apabila menjadi johan di peringkat daerah Kulim Bandar Baharu.

Kini, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang memiliki seramai 750 orang pelajar, 48 orang guru serta 16 orang staf sokongan. Pada tahun 2008, mata pelajaran baru MPV, Holtikultur & Haiwan Hiasan akan diperkenalkan sebagai penerus tradisi keunikan sekolah ini yang kini mempunyai 7 buah kolam ikan ternakan.

Barisan pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak mula ditubuhkan ialah:
i. En Sulaiman B. Salleh 1965-1968
ii. En Ahmad Marzuki B. Yahya 1968–1972
iii. En Mohd Khalil B. Hj Hashim 1973-1975
iv. En Khalil B. Ahmad 1976-1980
iv. En Mansor B. Abd Rahman 1981-1985
v. En Abd Wahab B. Hussain 1986-1991
vi. Tuan Haji Salleh B.Shuib 1992-1995
vii.Tuan Haji Abdul Rahim B. Shaari 1996-1997
viii.Tuan Haji Mohd Yusof B Mustafa 1998-1999
ix .Tuan Haji Abdullah B. Ahmad 2000-2004
x. Tuan Syed Baharom B. Syed Husin 2004-2005
xi. En Md Bakhari B. Che Tam 2005-2007
xii. En Abdul Razak bin Wahid 2007-kini